“Jodoh Kami Sampai Di Sini” – Enggan Ulas Isu Lebih Lanjut, Isteri Hafidz Roshdi Mohon Ruang

Isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, tampil memberikan kenyataan mengenai dirinya sudah diceraikan.

Enggan mengulas perkara ini dengan lebih lanjut, ibu kepada dua cahaya mata ini memohon ruang untuk menerima segala ketentuan dengan reda.

“”Jodoh kami sampai di sini. Saya minta maaf, buat masa ini tidak ada apa yang ingin dikongsikan lagi. Cuma, saya mohon doakan semoga hati saya dan anak-anak reda, insya-Allah. Selebihnya, tunggulah 1 Mac ini,” katanya.

Terdahulu, timbul dakwaan yang menyatakan Hafidz telah menceraikan isterinya itu dengan talak satu di hadapan keluarganya.

Malah, perkara tersebut turut disahkan oleh adik iparnya sendiri, semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi Ceraikan Isteri Talak Satu Di Depan Keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Lafaz Talak Satu Menerusi Panggilan Telefon, Adik Ipar Sahkan Hafidz Roshdi Cerai Isteri

Dalam perkembangan lain, Shuhada difahamkan akan memfailkan pengesahan lafaz cerai itu pada 1 Mac ini.

Sebelum ini, Hafidz dan Shuhada telah mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2.

Sumber: Harian Metro

Fatin Nurain