“Semoga Allah Gantikan Dengan Nikmat Yang Tak Disangka-Sangka” – Isteri Hafidz Roshdi

Isu perceraian di antara pelakon Hafidz Roshdi dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Roshdi semakin hangat diperkatakan dalam kalangan warganet.

Terbaharu, Shuhada telah memuat naik sebuah perkongsian yang mendoakan kesejahteraannya bersama anak-anak dalam menempuhi dugaan ini di Instagram Story (Igs).

“In Shaa Allah, semoga Allah gantikan dengan nikmat yang tidak disangka-sangka buatku dan anak-anak. Amin yamujib,” tulisnya.

Dalam perkongsian sama, Shuhada turut melampirkan quotes yang membicarakan tentang hubungan percintaan.

“Orang yang tepat akan tahu bagaimana untuk memegang cinta kamu. Orang yang tepat akan memilih kamu sedalam mana kamu memilih mereka,” tulis kenyataan itu.

Terdahulu, Shuhada enggan mengulas isu perceraiannya bersama Hafidz biarpun sudah disahkan bercerai dengan talak satu di hadapan keluarganya.

Namun, isteri kepada pelakon terbabit memaklumkan dirinya bakal memfailkan lafaz cerai itu pada 1 Mac ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jodoh Kami Sampai Di Sini” – Enggan Ulas Isu Lebih Lanjut, Isteri Hafidz Roshdi Mohon Ruang

ARTIKEL BERKAITAN: Lafaz Talak Satu Menerusi Panggilan Telefon, Adik Ipar Sahkan Hafidz Roshdi Cerai Isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi Ceraikan Isteri Talak Satu Di Depan Keluarga

Fatin Nurain