‘Lagu Berhantu’ Naim Daniel Dinobat Lagu Terbaik #SFMM34!

kehangatan Muzik-Muzik 34 Separuh Akhir (SFMM34) diteruskan lagi dengan menampilkan 11 buah lagu yang terdiri daripada penyanyi-penyanyi baharu dan lebih senior di minggu kedua.

Walaupun persaingan amat sengit, ‘lagu berhantu’ oleh Naim Daniel yang berjudul Sumpah berjaya mendahului 10 lagu yang lain seterusnya dinobat sebagai lagu terbaik pada malam tersebut. Namun, ini tidak bermakna lagu ciptaan Omar K dan Naim sendiri ini sudah layak untuk bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34).

“Alhamdulillah, saya amat bersyukur dengan penghargaan yang diberikan barisan juri profesional ini. Sebenarnya, saya memang tidak sangka lagu Sumpah akan diangkat sebagai lagu terbaik minggu ini. Insya Allah sekiranya ada rezeki, saya berharap lagu ini akan berjaya ke peringkat seterusnya” Katanya.

 

Sementara itu, persoalan siapakah yang akan mengganti Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir akhirnya terjawab apabila lagu Anta Permana dipersembahkan oleh Bob Yusof, manakala tempat Faizal pula digantikan oleh Fairuz Misran yang mirip Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee bagi lagu Ragaman.

Selain Naim Daniel, Bob Yusof dan Fairuz Misran, minggu kedua SFMM34 turut menampilkan persembahan oleh Akim & The Majistret (Rampas), Adira (Pujaan Hati), Ernie Zakri (Ku Bersuara), Hafiz Suip (Kisah Cinta Kita), Muna Shahirah (Teguh Setia), Sarah Suhairi (Pedih), Tomok (Bekas Kekasih) dan Haqiem Rusli (Lembah Kesepian).

Persembahan pada malam itu turut diadili oleh, juri profesional seperti, Faizal Uzir (Lok U), Datuk Syafinaz, Edrie Hashim, Aznul Haidi Azmi, Aubrey Suwito, Ajai dan Azmeer.

So, kepada para peminat yang ingin hadir pada minggu ketiga ini, korang bolehlah dapatkan tiket pada 27 November seawal pukul 3.00 petang di kaunter pengawal Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral. Ingat! tiket adalah terhad guys!

Apa kata Xtra belanja sikit persembahan dari Naim Daniel pada malam #SFMM34 yang lalu.

 

Salma Syahbuddin