“Nampak Je Keras Tapi…” -Emelda Rosmila Tunjuk Perangai Adlin Yang Orang Tak Tahu

Terlebih dahulu meminta maaf kepada suaminya iaitu pelakon dan pelawak  Adlin Aman Ramlie, pelakon Emelda Rosmila telah memuatnaik satu video yang menunjukkan Adlin begitu khusyuk menyaksikan  ulang siar persembahan penyanyi, Naqiu di konsert Gegar Vaganza 2019 (GV 2019) minggu keenam semalam sehingga menitiskan air mata. 

Naqiu yang menyanyikan lagu Juwita nyanyian asal arwah Saleem dari kumpulan Iklim berjaya menghayati lagu tersebut sehinggakan Adlin merasakan Naqiu mampu menjadi pelapis penyanyi sehebat Saleem. 

“Haritu Mel dan Adlin tengok siaran ulangan GV 2019. Bila dah habis tu dia suruh rewind part Naqiu jer. Nak tengok dari awal dia mula menyanyi. Terlebih rewind pun tak boleh, dia cakap no no nak dari awal. 

“Tengok dia asyik betul tengok Naqiu perform jadi Mel rakam lah, jarang nampak dia macam ni.

“Nampak je keras, dalam hati lembut. Asyik betul dia tengok Naqiu menyanyikan lagu arwah Saleem sampai sedih. Ada pengganti arwah katanya. Tengok sampai habis kay? Sorry b, I post ni,” tulis Emelda sebagai kapsyen entri tersebut. 

Dalam rakaman video tersebut, Emelda turut mengusik suaminya apabila melihat mata Adlin berkaca-kaca menahan diri dari berlinangan air mata. 

“Kenapa awak tengok macam tu? Awak nangis ke? Ye awak nangis. Awak kalau suka tengok satu benda (bakat) tu, sampai menitik air mata,” usik Emelda. 

Adlin yang mula-mula menafikan dirinya sedang menangis kemudian telah mengakui tersentuh melihat bakat Naqiu yang mampu membawa lagu Saleem dengan baik.

“Teringat arwah Saleem. InshaAllah kita ada pengganti.  Baik…baik…baik punya Naqiu. 

“Talent (bakat)  tu…bila tengok talent kita tak tahan. orang mati ke meninggal ke kita tak sedih, tapi bila tengok bakat tu…baik (Naqiu),” jawab Adlin bila diusik Emelda.

Del14