Sandra Merajuk Bawa Diri Kerana Lagu Tak Laku?

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Hey Kau! ini kelihatannya cuba tampil dengan kelainan dengan membawakan lagu bergenre balada namun, nampaknya ia tidak membuahkan hasil kerana peminat beliau seakan-akan tidak menerima karya matang yang cuba ditampilkannya.

Walaubagaimana pun, Sandra, 24 mengakui bahawa peminatnya masih belum bersedia menerima perubahan yang cuba dibawakan oleh beliau menerusi lagu Aku dan Kekasih.

Sandra, atau nama penuhnya Alessandra Dianne Ampuria tetap menyimpan hasrat bagi  membukitkan kemampuan sebenar vokalnya.

 

“Saya agak sedih apabila lagu terbaru saya, Aku Dan Kekasih tidak mendaki carta kerana saya agak menaruh harapan pada lagu ini. Sebenarnya, saya ingat lagu ini boleh memberi nafas baru buat karier saya. Mungkin disebabkan usia yang masih muda, peminat mahu saya kekal dengan lagu yang sesuai dengan usia saya. Tapi tidak mengapa, saya akan pastikan impian saya menjadi realiti apabila tiba masanya,” jelas Sandra.

Single terbarunya, Terkemuka turut menampilkan Ben Zulu dan Zizi Kirana. Beliau yakin, karya terbarunya yang mendapat sentuhan komposer terkenal, Malique (Too Phat) juga mampu menaikkan semula namanya yang seakan-akan tenggelam timbul ini.

Selain Terkemuka, Sandra juga turut  berduet dengan penyanyi baharu, Ryan Deedat menerusi lagu berjudul Salima

Diharap usaha Sandra dalam menghasilkan lagu yang sesuai serta memenuhi citarasa peminatnya ini berjaya!

Ditulis Oleh : Nur Nasuha

Ad Ops