Turban Dan Seluar Pendek, Giliran Daphne Iking Dikecam

Pengacara dan model jelita, Daphne Iking dikecam oleh segelintir netizen menerusi ruangan komen di laman Instagram milik beliau! 

Menerusi gambar yang dimuatnaik baru-baru ini, ramai pengikutnya mempersoalkan fesyen turban yang dipadankan dengan seluar pendek itu dilihat seolah-olah menghina Islam.

Daphne tampil menyangkal kecaman netizen dengan memberitahu turban bukan di bawah kategori tudung sebaliknya di bawah kategori fesyen. Tambahnya, turban digunakan melindungi kepala dan rambut daripada panas terik. Contoh yang boleh dilihat seperti masyarakat Afrika, kan pakai turban tu…

 

Hurm… macam-macam komen dilontarkan. Ada yang suka ada yang mengecam, tepuk dada tanya selera dik. Jangan pula sibuk mengecam tapi terlupa cermin kesalahan diri sendiri pula. 

Model cantik ini telah mendirikan rumah tangga dengan Azmi Abdul Rahman yang merupakan seorang ahli perniagaan. Beliau sah memeluk Islam dan menggunakan nama Dahlia Eleanor Iking.

SGMS Faida