Kini Hafiz Suip Ubah Penampilan Diri!

Penyanyi bersuara lunak dan merdu ini sememangnya akan mendapat perhatian walaupun kemunculannya didada-dada akhbar tidaklah rancak seperti artis yang lain. Namun, kemunculan penyanyi yang berasal dari Sarawak ini mencuri perhatian netizen apabila tampil dengan imej berserban dan berjubah.

Hafiz Suip dah tukar imej ke?

Menurut Hafiz, sebenarnya gambar tersebut di ambil ketika beliau berada di dalam masjid pusat puspen bagi mengeratkan hubungan silaturrahim sesama insan.

“Assalamualaikum. Iktikaf di dalam masjid pusat puspen dimana kita berikan dan mengeratkan silaturrahim sesama insan. Bagi mengerjakan suruhan Allah SWT dan Sunnah Rasullullah SAW.#balanceduniakahirat #kejarakhiratduniakejarkitatapikejarduniaakhirattinggalkita #bukakanhatiselualuaslautan.” Tulisnya

Dan, muat naik gambar tersebut menerusi laman instagram miliknya rata-rata mendapat ucapan tahniah daripada followers dan peminat beliau. Mereka juga berharap agar Hafiz terus istiqamah dalam melakukan perubahan dalam diri beliau.

Apapun, kami juga turut mendoakan agar Hafiz Suip berjaya dalam setiap apa juga yang beliau lakukan.

Salma Syahbuddin