#LaguXTRA: Lagu Zaman Dulu Ada ‘Rasa’, Shazabae Berjiwa Orang Lama

Lagu XTRA minggu ini menampilkan pengacara dan pelakon cantik, Shazabae dan lagu kegemarannya yang sering dimainkan.

Sebagai penggemar dan pengguna aplikasi TikTok, Shaza meminati lagu yang sedang ‘trending’ iaitu Cupid yang dinyanyikan oleh kumpulan K-Pop iaitu Fifty Fifty.

“Saya suka lagu tu sebab banyak kali lalu dekat FYP TikTok, so lama-lama jadi tersuka. Saya ikut trend budak-budak Gen-Z walaupun saya bukan generasi mereka,” ujarnya ketawa.

Berkongsi tentang lagu yang menjadi ‘all-time-favorite’ Shaza adalah lagu nyanyian Electric Light Orchestra iaitu Mr. Blue yang merupakan lagu tema untuk filem sekuel terbaru Marvel, Guardian of The Galaxy Volume 3.

“One thing about muzik zaman dulu-dulu ni ada tone yang catchy dan evergreen yang mana generasi muda pun boleh layan dan lagu tema ni berkisarkan tentang family, so memang best and dekat dihati,” kongsinya.

Melabelkan diri sebagai seorang yang berjiwa orang lama, Shaza lebih meminati lagu-lagu lama berbanding lagu zaman sekarang.

“Sebab lagu lama ni pada saya evergreen. Lirik yang puitis dan mendalam maksudnya.

“Lagi satu muzik lagu zaman dulu ni tak bosan dengar, contoh macam lagu arwah Sudirman yang ‘balik kampung’ tu sampai sekarang orang dengar everytime balik raya.

“Saya rasa orang dulu buat lagu banyak guna rasa yang kita pun dapat rasa sampai sekarang.

“Tapi saya tak kata penyanyi zaman sekarang tak berbakat, cuma mungkin kurang penghayatan sebab ikut peredaran masa,” katanya.

Maya Basir