Lama Menyepi, De Fam Bakal Bikin Kejutan?

Dah lama rasanya kita tak dengar lagu baharu dari kumpulan De fam. Dua tahun tanpa single, kumpulan De Fam bakal tampil dengan ‘buah tangan’.

Khabarnya, kumpulan yang dianggotai oleh Nurshazwani Shamsuddin atau Cik Manggis, Azira Shafinaz Ramlan (Azira) dan Sophia Liana Sobri (Fya) bakal membuat kejutan di malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 32 nanti.

“Insha Allah kami akan berkongsi pentas dengan Stacy pada malam itu nanti.

“Malam itu juga bakal mengukir sejarah buat kami kerana selepas sekian lama, lagu baharu akan dipersembahkan kepada orang ramai buat pertama kali. Lebih kurang seminit setengah lebih awal dipersembahkan sebelum boleh didengarkan di platform digital,” katanya kepada Xtra.

De Fam ketika ditemui di sidang akhbar pengumuman Malam Kemuncak ABPBH32 memaklumkan, lagu terbaharu mereka kali ini menampilkan sisi lebih matang.

“Jangan bandingkan dengan lagu Super Girls kerana setiap lagu ada kekuatannya sendiri.

“Kami tidak boleh berkongsi lebih lanjut. Kalau nak tahu bagaimana agaknya bentuk persembahan dan uniknya lagu baru kami, kena tonton ABPBH32 nanti,” akhiri Azira.

Trio yang bernaung di bawah Tune Studios ini mendapat perhatian luar biasa selepas kejayaan single Supergirls dan With You yang diperkenalkan sejak 2015.

Oleh: Fas

SGMS Faida