Lawak! Zara Zya Buat Trend Marhaban Dengan Ibu, Netizen Komen: “Ingat Norlia Ghani”

Pelakon Zara Zya tampil mencuri perhatian dalam kalangan peminat selepas melihat gelagatnya membuat trend TikTok bersama ibunya.

Menerusi perkongsian di TikTok, Zara telah memuat naik videonya bersama ibunya membuat trend marhaban yang kini menjadi ikutan di platform tersebut.

Dalam perkongsian tersebut, Zara seolah-olah melakonkan situasi seorang anak yang berborak ketika sesi marhaban dijalankan.

Lebih mencuit hati, aksi ibunya berlakon ketika membuat trend tersebut turut mengundang tawa orang ramai.

“Hanger dalam telekung dia ke eh?,” tulisnya.

@zarazyaofficial Hanger dalam telekung dia ke eh? @OfficialMamaRose #zarazyaofficial ♬ original sound – wah 72

Terhibur dengan gelagat dua beranak itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya di ruangan komen.

Malah, ada juga yang menyatakan wajah ibu Zara persis pelakon veteran Norlia Ghani apabila memakai telekung.

Fatin Nurain