“Rasa Macam Nampak Sarah, Memang Tak Boleh Pandang Tepat” – Shuib Mengaku Tak Pernah Mimpi Arwah, Anggap Adik Miza Bukti Kebesaran Allah

Pelawak, penyanyi dan penyampai radio, Shuib bersyukur apabial dipertemukan dengan susuk kanak-kanak yang mempunyai hanpir 90 peratus persamaan dengan arwah isterinya, Siti Sarah Raissuddin.

Berkongsi saat pertama kali berjumpa dengan Adik Miza, Shuib mengaku berasa ‘takut’ kerana masih boleh melihat susuk yang serupa dengan arwah.

Namun, dia menganggap itu adalah bukti kekuasaan Allah dan nikmat yang diberikan kepadanya, apatah lagi dia masih belum pernah bermimpi tentang arwah sejak pemergiannya pada 9 Ogos 2021.

“Saya rasa saya tak boleh tengok dia tepat. Sebab saya memang rasa saya nampak Sarah. Dia punya T-Zone tu sama.

“Masa jumpa tu saya tengok dia saya jadi takut, tapi bukan takut apa… saya jadi sedih tapi tak sedih sangat, seronok tapi tak seronok sangat.. tengah-tengah.

“Sebab saya merasakan dasyatnya Allah punya kuasa. Perangai pun lebih kurang. Ini memang anugerah yang Allah bagi untuk saya nikmati sebab saya bagitahu dah nak masuk tahun kedua pemergian arwah.

“Saya belum pernah mimpi sarah, sekalipun belum pernah sejak dia meninggalkan saya.

“Anak dan family saya rasa semua pernah. Jadi bila Allah hadirkan macam ni saya boleh nampak manusia yang bergerak walaupun dia bukan Sarah.

“Dan saya boleh katakan, daripada 100 saya boleh kategorikan 90 peratus adalah sama. Dia macam version arwah Sarah berisi sikit,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai persediaan berjumpa secara empat mata dengan Adik Miza atau nama penuhnya, Nur Miza Najla Mustaffa, Shuib  mengaku itu adalah momen dan masa untuk dia menikmati hidup walaupun pada awalnya dia masih belum bersedia untuk berjumpa individu yang dikatakan persis muka arwah.

“Saya sedang menikmati apa yang berlaku dalam hidup saya. Saya dah mula lebih matang.

“Dan kehidupan sekarang pun saya nampak macam mana Allah susun hidup saya. Jadi bila ada susuk serupa arwah, saya hanya menikmati kebesaran Allah,” jelasnya.

Terdahulu, pertemuan antara Shuib dan Adik Miza telah diatur oleh bekas ibu mentua tirinya, Siti Fatimah Suberi atau lebih dikenali sebagai Makder dalam satu majlis makan malam yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga sahaja.

Salma Syahbuddin