Gerun, Emosi Bercampur Baur… Ini 4 Filem Aksi Lakonan Ma Dong-Seok Wajib Tonton!

Bila sebut sahaja mengenai aktor filem aksi Korea terkenal, pasti nama bintang filem Ma Dong-Seok menjadi sebutan ramai.

Mana tidaknya, karisma beliau dalam memberikan persembahan aksi sehingga mampu mencetuskan adrenalin penonton, selain pembawaan karakter yang menarik.

XTRA hari ini nak ‘belanja’ beberapa info lanjut tentang filem-filem Ma Dong-Seok yang wajib ditonton sepanjang bulan Julai ini!

Membawa watak sebagai detektif dalam filem The Outlaws, Ma Dong-Seok perlu berhadapan dengan kumpulan penjenayah yang sangat bahaya.

Seterusnya, filem kesinambungan The Outlaws iaitu filem The Roundup mengisahkan perjalanan seorang detektif memburu pembunuh di Vietnam selama empat tahun.

Filem ketiga lakonan Ma Dong-Seok yang wajib ditonton adalah The Gangster, The Cop, The Devil membawa peranan sebagai gangster yang menjalin aliansi dengan seorang pegawai polis.

Apa yang menarik, Ma Dong-Seok bergabung bersama polis untuk menangkap seorang pembunuh berantai yang menakutkan.

Akhir sekali, Ma Dong-Seok memegang watak sebagai lelaki biasa yang terlibat dalam kehidupan masyarakat rumit menerusi filem Ordinary People.

Emosi penonton pasti banjir apabila melihat watak memukai Ma Dong-Seok melalui filem ini.

Bintang filem Korea ini telah membuktikan dirinya seorang pelakon yang mampu menyampaikan persembahan luar biasa menerusi pelbagai peranan yang beragam dalam filem seperti The Outlaws, The Roundup, The Gangster, The Cop, The Devil, dan The Ordinary People.

Bukan sahaja pengalaman sinematik filem yang mencetuskan adrenalin penonton, malah karakter dan pembawaan watak oleh Ma Dong-Seok sendiri penuh karima yang tidak terbandingkan.

Jangan lupa untuk menyaksikan Ma Dong-Seok di Tonton! Langgan Tonton serendah RM 9.90 sahaja.

Aqilah Paharuzi