Wow! Rihanna Tayang Gambar ‘Nakal’?

Selebriti terkenal Robyn Rihanna Fenty ataupun lebih dikenali sebagai Rihanna baru sahaja melancarkan satu buku autobiografi visual berjudul, ‘RIHANNA’  yang melampirkan lebih seribu gambar termasuk yang tidak pernah dilihat atau dikongsi sebelum ini seperti foto zaman kecilnya, dan foto belakang tabir sepanjang 14 tahun dia menapak di dalam industri seni.

Penyanyi, pelakon, pereka fesyen dan usahawan ini telah memuatnaik foto ‘nakal’ di mana dia hanya menutup badannya dengan buku tersebut di akaun instagramnya @badgalriri bagi mempromosikan buku tersebut kepada pengikut-pengikutnya. 

 

 

“Lebih seribu gambar, 504 mukasurat #theRIHANNAbook boleh didapati di mana-mana kedai hari ini! Rasa seperti tak percaya apabila dapat berkongsi dan mengimbas kembali detik-detik indah dan memori yang lalu dengan anda, sangat tidak masuk akal!” kongsinya di entri instagram tersebut. 

 

Terkini, peminat-peminat penyanyi terkenal ini  sedang menunggu pelancaran albumnya yang yang ke-9 yang terinspirasi dari irama reggae. Rihanna juga menyibukkan diri dengan projek lain seperti mengeluarkan rekaan terbaru dari label fesyennya Fenty dan mengadakan persembahan fesyen pakaian dalam wanita yang epik di New York bulan lepas iaitu Savage x Fenty yang direka khas untuk semua bentuk tubuh badan.  

 

Sumber: vogue.com dan instagram @badgalriri

Del14