Lebih 6 Bulan ‘Menghilang’, Timbul Spekulasi Dakwa Azar Azmi Patah Hati Dengan…

Nama pelakon Azar Azmi menjadi bualan apabila dikatakan telah menghilangkan diri tanpa sebarang berita sejak enam bulan lalu.

Namun begitu, menerusi video temu bual Melodi bersama pengurus Azar, dia tidak menyatakan punca Azar menghilangkan diri daripada industri hiburan namun mendedahkan pelakon itu kini sedang berehat.

“Saya respect dia sebagai artis yang saya uruskan, dia sihat je alhamdulillah… makin sihat tengoknya, Cuma apa-apa kalau saya nak berhubung dia saya akan bercakap dengan family dia jugak.

“Cuma dia tengah rehat. Jadi, bila artis saya minta rehat… jadi saya kena respect dia,” ujar pengurus Azar.

Video terbabit turut dikongsikan di akaun TikTok milik Melodi.

Namun begitu, menjengah di ruangan komen hantaran TikTok terbabit, ada segelintir warganet membuat spekulasi dengan mendakwa Azar bertindak menyepikan diri kerana patah hati dan kecewa dengan pelakon Fizo Omar yang telah mendirikan rumah tangga dengan wanita lain.

Sebelum ini, Azar pernah digosipkan dengan Fizo sebelum jejaka itu mendirikan rumah tangga dengan isterinya.

Malah, ada yang mendakwa bahawa Azar menjaga privasinya kerana sudah berkahwin dan sedang hamil serta ingin berehat daripada media sosial.

Sumber: Melodi

Atiqah Johari