Bakat & Rupa Harus Selari, Pelakon Baharu Muaz Zabir Masih Mencari Tapak Dalam Industri

Juara program Fit For Action TV3, Muaz Zabir atau nama sebenarnya Muaz Mohamad Zabir, mendedahkan masih banyak yang perlu dipelajari sebagai pendatang baharu dalam industri seni

Menurut Muaz, dia mencuba sebaik mungkin untuk memberikan yang terbaik kepada penonton dalam lakonannya dan tidak mahu dilabel sebagai seorang yang mempunyai rupa tetapi tiada bakat.

“Dalam industri ini, kita tidak boleh keetepikan bakat, usia dan rupa. Perkara ni harus datang sekali, rupa itu bonus! Kalau pelakon itu ada rupa yang elok tak semestinya dia boleh membawa kesemua watak.

“Ada juga watak yang tidak sesuai. Ada sahaja pelakon yang tiada rupa tetapi membuktikan yang mereka mempunyai bakat, tapi kalau hanya berdasarkan rupa tiada usaha dan bakat susah juga dan tidak boleh pergi jauh,” jelasnya.

Muaz ditemui XTRA sewaktu sesi fotografi drama Bukan Hanya Sekadar Cinta di Sri Pentas, Bandar Utama, semalam.

Tambah Muaz, dia mendapatkan nasihat pelakon-pelakon yang sudah lama sebagai bekalan dalam industri seni.

“Saya agak rapat dengan abang Fahrin Ahmad, jadi dia ada share sikit-sikit bagaimana untuk kekal relevan which is attitude kena jaga, PR kena jaga dan perangai dihadapa netizen pun perlu dijaga,” ucapnya.

Halimey Zamal