Lebih Menyerlah Berbanding Watak Utama, Netizen Akui Dian Adalah Hero Sebenar Dalam Sabarlah Duhai Hati

Melabuhkan tirainya pada malam tadi, drama rentetan yang ditayangkan di slot samarinda, Sabarlah Duhai Hati ternyata memberi kesan kepada penonton setianya.

Dibintangi barisan pelakon hebat seperti Saharul Ridzwan, Amira Rosli, Puteri Sarah Liyana dan Izzue Islam maka tidak hairanlah drama ini berjaya meraih rating yang cukup memuaskan sejak ianya ditayangkan.

Menerusi laman Twitter, rata rata netizen berpuas hati dengan episod akhir drama tersebut dan majoriti mengakui watak Dian yang dilakonkan oleh Puteri Sarah Liyana merupakan hero sebenar drama itu.

Menurut para penonton, watak Dian yang disifatkan sebagai kental dan bijak itu lebih menyerlah berbanding dengan watak utama.

Malah, ramai yang berpendapat watak wanita yang menggambarkan “women empowerment” seperti Dian perlu ditonjolkan menerusi drama drama yang lain juga.

Karakter Dian dilihat sebagai wanita yang berprinsip dan tidak mudah dibuli menjadikan netizen kagum akan perwatakannya.

Dalam episod akhir juga dapat dilihat  watak Dian yang menyedarkan abangnya, Affan (Shahrul Ridzwan) dan Opah ( Fadhilah Mansor).

Buat korang yang masih belum menonton episod semalam, jangan lupa saksikannya di youtube TV3 Official.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”