Categories: Trending

Hanya Berkain Pelikat Dan Pandu Kereta Sendiri, Ismail Sabri Turun Padang Pantau Total Lockdown

Tanggungjawab yang dipikul terutamnya demi menjaga keselamatan dan kemaslahatan rakyat Malaysia adalah suatu perkara yang besar.

Justeru itu, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri yaakob mengambil inisiatif sendiri dengan memandu kereta miliknya tanpa sebarang protokol dan hanya memakai kain pelikat bersama-sama ‘turun padang’ bagi melihat sendiri keadaan bandaraya Kuala Lumpur selepas pelaksanaan Total Lockdown yang bermula semalam.

Perkara ini turut dikongsi oleh beliau menerusi  muat naik di laman Instagram miliknya pada Selasa.

Video berdurasi 38 saat itu juga menunjukkan Ismail Sabri sempat menyapa anggota Polis yang bertugas dalam sekatan jalan raya (SJR).

“Rakyat sayang pemimpin yang prihatin…”

Itu antara komen yang sempat ditinggalkan oleh netizen diruangan komen instagram milik Ismail Sabri. Malah, ramai yang memuji tindakan Menteri Kanan Keselamatan ini kerana dilihat tidak terikat dengan sebarang protokol ketika membuat tinjauan.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian lagu Sakit nyanyian Zynakal bersama Yonniboi turut dijadikan lagu latar video berkenaan.

Video tersebut juga turut mendapat 128,000 ribu tontonan sejak ianya dimuat naik.

Salma Syahbuddin