Trending By: Salma Syahbuddin June 2, 2021 @ 2:14pm

Hanya Berkain Pelikat Dan Pandu Kereta Sendiri, Ismail Sabri Turun Padang Pantau Total Lockdown

Tanggungjawab yang dipikul terutamnya demi menjaga keselamatan dan kemaslahatan rakyat Malaysia adalah suatu perkara yang besar.

Justeru itu, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri yaakob mengambil inisiatif sendiri dengan memandu kereta miliknya tanpa sebarang protokol dan hanya memakai kain pelikat bersama-sama ‘turun padang’ bagi melihat sendiri keadaan bandaraya Kuala Lumpur selepas pelaksanaan Total Lockdown yang bermula semalam.

Perkara ini turut dikongsi oleh beliau menerusi  muat naik di laman Instagram miliknya pada Selasa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ismailsabri60 (@ismailsabri60)

Video berdurasi 38 saat itu juga menunjukkan Ismail Sabri sempat menyapa anggota Polis yang bertugas dalam sekatan jalan raya (SJR).

“Rakyat sayang pemimpin yang prihatin…”

Itu antara komen yang sempat ditinggalkan oleh netizen diruangan komen instagram milik Ismail Sabri. Malah, ramai yang memuji tindakan Menteri Kanan Keselamatan ini kerana dilihat tidak terikat dengan sebarang protokol ketika membuat tinjauan.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian lagu Sakit nyanyian Zynakal bersama Yonniboi turut dijadikan lagu latar video berkenaan.

Video tersebut juga turut mendapat 128,000 ribu tontonan sejak ianya dimuat naik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 18 Mar 2020

COVID-19: Ingat! Penjara 2 Tahun Dikenakan Kalau Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan

Patuhi arahan dan peraturan yang ditetapkan. Jangan’selfish’ ya..

Events Sat, 22 Oct 2022

Terbawa Karakter Dalam Lakonan, Selalu Dianggap Garang… Sheila Rusly Ingin Jadi Diri Sendiri

Penerbit dan pelakon, Sheila Rusly sering diingati dengan karakter yang dilakonkan dalam setiap drama. Dianggap garang oleh warganet, Sheila umpama sudah lali dengan tohmahan dan kritikan yang dilemparkan terhadap dirinya. Menurut Sheila, disebabkan karakter garang […]

Trending Thu, 24 Jun 2021

“Bertindak Segera!” Bersama Ejen Ali – Pakai Pelitup Muka, Jaga Kebersihan & Kekal Selamat

“Bertindak Segera!” Itulah kata semangat yang sering dilaungkan oleh Ejen Ali ketika menjalani misi baharu. Dalam situasi pandemik sebegini, laungan ini menjadi ikutan di kalangan anak-anak kita dalam menjalani kehidupan norma baharu. Lebih menarik, kini […]