Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 27, 2023 @ 1:30pm

Hijrah Lisa Surihani Jadi Inspirasi, Akui Takut Kongsi Tips Istiqamah -“Hati Kita Sangat Fragile, Memang Tidak Perfect!”

Pelakon dan pengacara, Datin Lisa Surihani, 37,  bersyukur apabila dirinya sering dijadikan rujukan dan pencetus kepada wanita di luar sana untuk berubah ke arah kebaikan.

Menurut Lisa, dia mendoakan yang terbaik dan keberkatan buat semua selain mengaku dirinya masih perlu banyak belajar.

“Kalau nampak yang baik-baik saya bersyukur sangat-sangat. Saya doakan bagi mereka moga dikurniakan keberkatan untuk kita semua dan dikurniakan keampunan.

“Saya banyak lagi perlu belajar, saya bukan apa-apa. Semuanya milik Allah, pinjaman dari Allah,” katanya ketika ditemu bual menerusi program Melodi.

Dalam pada itu, Lisa menyifatkan penghijrahan juga sebagai satu proses yang berterusan dan setiap individu yang ingin berubah perlu sentiasa bermuhasabah diri.

“Sebenarnya, kalau bab-bab hijrah ni dia bukan satu langkah kemudian dia berhenti, dia adalah on going proses.

“Bila kita muhasabah diri, kita tengok diri kita sendiri apa kah yang ingin diperbaiki itulah yang kita mulakan. InsyaAlalh moga dipermudah dan kalau dikurniakan hidayah tu moga, sentiasa dikurnikaan sebab hidayah tu milik Allah,” kongsinya.

Ketika ditanya mengenai terdapat segelintir pihak yang gagal istiqamah kerana kecundang dipertengahan jalan, Lisa bagaimanapun berasa gementar untuk memberikan sebarang pendapat mengenai isu ini.

Baginya, selain masih belajar dan memahami agama Islam, dia juga menyifatkan dirinya bukanlah ustazah yang boleh memberikan komen mengenai hal tersebut.

“Sejujurnya nervous jawab soalan macam ni, sebab saya memang bukan ustazah. Saya tak pasti sejauh mana yang saya katakan, sebab saya juga belajar daripada mereka yang lebih arif.

“Hati kita sangat fragile kan? Kalau kita sempurna, kalau dah baik tu baik lah sentiasa. Itu bukan kejadian kita sebab kita memang tidak perfect. Dari segi fizikalnya dan juga dari segi tingkah laku kita. Ada waktunya keadaan amat baik begitu juga sebaliknya.

“Apa yang kita boleh nasihat antara satu sama lain adalah, kalau terjerumus kalau boleh jangan biarkan kita dalam keadaan kat situ. Bila kita meminta keampunan daripada Allah, Allah akan ampunkan. Bagitahu diri kita apakah yang perlu kita belajar daripada perkara ini dan mendekatkan diri kita kepada Allah, Insya-Allah akan tunjukkan jalan,” jelasnya.

Berkongsi mengenai perkembangan terkininya, Lisa mengaku dia kini agak sibuk menerima beberapa tawaran pengacaraan.

“Alhamdulillah, macam tahun ni agak hectic tapi saya rasa bersyukur mungkin kemunculan di kaca televisyen tak sekerap dahulu.

“Tapi tawaran alhamdulillah… masih ada. Tapi lebih berat kepada bidang pengacaraan ada juga rancangan yang saya dah shoot tapi belum ditayangkan lagi,” ujarnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 20 Oct 2019

“Kalau Nak Buka Aib, Dah Banyak Saya Boleh Ceritakan, Tapi…” – Datin Rebecca Nur Islam

Selepas mendirikan rumahtangga dengan Dato’ Nur Azam Sulaiman pada 14 Januari 2011, pelakon, Datin Rebecca Nur Islam menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarganya, lebih-lebih lagi selepas mempunyai enam orang cahaya mata, sudah tentu masa banyak diluangkan […]

Trending Thu, 1 Jul 2021

Pernah Rancang Nak Bersara, Ramlah Ram Pendam Keinginan

Penyanyi senior berbakat, Ramlah Ram, 56, mengakui pernah terfikir untuk bersara daripada dunia hiburan. Menurut Ramlah, keinginan itu hanya dipendamkan sahaja kerana minatnya yang mendalam dalam bidang nyanyian serta sokongan peminat yang tidak putus-putus. “Sejujurnya, […]

Hiburan Wed, 7 Jan 2026
Hiburan Thu, 18 Aug 2022

Pernah Terfikir Jual Piano, Hazami Kini Mahu Kembali Menyinar

Alhamdulilah kehidupan Hazami semakin membaik. Semoga terus sukses dan bersinar!

Hiburan Thu, 5 Dec 2019

Penyanyi 80an, Nassier Wahab Meninggal Dunia

Innalillahwainnailaihi roji’un…

Featured Sat, 12 Aug 2023
error: Content is protected !!