Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir August 18, 2022 @ 7:34pm

Pernah Terfikir Jual Piano, Hazami Kini Mahu Kembali Menyinar

Penyanyi, Hazami mendedahkan sudah lebih dua tahun tidak mempunyai pekerjaan disebabkan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Memetik laporan Harian Metro, dia melalui pelbagai kesukaran sehingga terpaksa mengikat perut, sewa rumah tertunggak dan banyak lagi.

“Saya sudah dua setengah tahun tiada job. Sebenarnya saya juga terkesan dengan pandemik Covid-19. Saya tiada duit nak makan, malah rumah saya juga pernah tidak dibayar sewa selama empat bulan. Duit dalam bank tinggal RM200 saja. Ia berlaku pada awal tahun lalu.

“Tapi saya jenis senyap dan tidak bercerita. Saya diamkan saja dan baru ini saya berkongsi. Saya menerima royalti dari penulisan lagu saya, tapi disebabkan pandemik, sistem semuanya terganggu, jadi duit tidak masuk.

“Tapi, semuanya sudah okay sejak Januari lalu. Cuba bayangkan saya tiada gaji tetap, jadi bila setiap bulan duit kena keluar, duit simpanan pun boleh habis kerana bukan sekejap kita lalui PKP,” katanya.

Pada masa sama, Hazami turut terfikir untuk menjual piano kesayangan bagi menampung kehidupan.

“Adik-beradik banyak membantu. Ketika ujian berlaku, saya tak tahu apa nak buat hingga menelefon semua persatuan seperti Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik (MACP) dan Recording Performers Malaysia (RPM) serta syarikat penerbitan saya, menyatakan saya memerlukan duit.

“Mereka memberikan saya ‘advance’ atau pendahuluan dan duit itu semua dimasukkan dalam tempoh tak sampai 24 jam. Malah, rakan-rakan dalam industri ramai yang ambil tahu dan membantu seperti Datuk Hattan dan Kak Jee (Fauziah Latiff).

“Sebenarnya saya tak mahu menagih simpati orang. Ketika saya sakit dulu pun, saya diam. Perangai saya tak suka susahkan orang. Ketika pandemik, bukan saya seorang saja terkesan, malah satu dunia. Kalau saya fikir saya susah, ada lagi yang lebih susah. Jadi, saya terima ujian saya seadanya,” katanya.

Namun, Hazami bersyukur apabila diberi peluang terbabit dalam program baharu TV3 iaitu Terpaling Juara dan kembali menyinar selepas 21 tahun membina nama dalam industri.

“Alhamdulillah, Allah bagi rezeki ini. Ada orang yang mengatakan tak habis-habis Hazami, tapi di sebaliknya, orang tak tahu saya sangat bersyukur diberikan peluang ini. Anda ingat senang dipilih di antara tiga penyanyi berpengalaman seperti Ifa Raziah dan Rahmad Mega. Jujurnya saya sangat bersyukur dengan peluang ini,” katanya.

Program Terpaling Juara akan mula bersiaran pada 21 Ogos ini dan disiarkan secara langsung pada setiap Ahad dari studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, jam 9 malam.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Fri, 6 Apr 2018

Rendang Ayam Disuruh Goreng Rangup? Chef Wan Selar Juri MasterChef UK

Sementera itu, Zaleha menerusi laman Instagramnya mengaku terkilan dan kecewa kerana tersingkir namun dia tetap yakin dan mempertahankan caranya memasak! Bagus, semangat itu yang kita perlukan.

Hiburan Tue, 26 Feb 2019

5 Places to Watch Cherry Blossoms Bloom Aside from Japan

There are many other places you can watch Cherry Blossoms bloom aside from Japan!

Hiburan Tue, 2 Apr 2019
Trending Wed, 31 Oct 2018

Nelayan Nampak Pesawat JT 610 Menjunam Ke Laut Sebelum Meletup

Dari jauh saya nampak ia sudah condong sebelum meletup.

Hiburan Thu, 16 Oct 2025

Aedy Ashraf, Meerqeen & Nadhir Nasar Bersatu Dalam Klepet, Filem Aksi Komedi Sarat Kejutan!

Aedy Ashraf, Meerqeen dan Nadhir Nasar bergabung dalam filem aksi komedi berjudul Klepet.

Hiburan Tue, 30 Jan 2024
error: Content is protected !!