“Jangan Pilih Influencer Sebab Terkenal, Perlu Tengok Bakat ” – Osman Ali

Baru -baru ini tular di media sosial mengenai kritikan orang ramai terhadap seorang influencer yang menjadi heroin drama terbaru.

Menurut pengarah filem, Osman Ali, bakat dan kredebiliti pelakon itu sangat penting namun beliau juga berpendapat bahawa setiap orang memiliki kelebihan tersendiri.

“Bagi saya setiap orang mempunyai platform tersendiri untuk bermula dalam industri. Contohnya, pelakon Remy Ishak dulu tidak mempunyai sebarang pengalaman ketika berlakon dalam filem saya.

“Ada juga yang tidak pernah berlakon kemudian menjadi hero, ada yang bermula dengan watak kecil kemudian menjadi hero”.

Tambah beliau lagi, pemilihan influencer sebagai pelakon juga perlu melalui tapisan atau proses ujibakat yang adil.

“Jangan pilih influencer sebav terkenal tapi tidak ada ujibakat. Itu salah. Tidak adil untuk orang lain yang layak dengan watak tersebut

“Saya pernah memilih seorang influencer dan saya berpuas hati dengan lakonannya. Tak salah pilih influencer jika ada bakat” komen beliau ketika ditemui di sidang media virtual Drama Masih Ada Rindu hari ini.

Drama Masih Ada Rindu yang diarahkan oleh Osman Ali menampilkan barisan pelakon tanah air hebat seperti Mimi Lana, Farid Kamil, Dayang Areeda akan mula menemui penonton hari ini jam 7 malam hanya di TV3.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”