Pilih Nama Klasik, Ain Edruce Dedah Wajah & Nama Anak Perempuan

Tahniah diucapkan buat pengacara dan pelawak Ain Edruce yang kini bergelar ibu kepada seorang cahaya mata perempuan pada 19 Mei lalu.

Semalam, menerusi laman Youtubenya, Ain buat pertama kalinya mendedahkan wajah serta nama anak sulungnya iaitu Soraya.

Malah, Ain dan suaminya, Amirul Hafiz juga sempat berkongsi pengalaman baru mereka bergelar ibu dan  bapa dengan kehadiran Soraya.

Walaupun baru menimang cahaya mata namun Ain dilihat masih aktif dan terbuka menjawab beberapa pertanyaan netizen malah sempat berkongsi cerita mengenai suaminya yang hampir pengsan sewaktu proses kelahiran anaknya.

Semoga Soraya membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”