Lebih RM100,000 ‘Lesap’, Naim Daniel Kecewa Ditipu Kontraktor Rumah

Penyanyi Naim Daniel mendedahkan kecewa apabila ditipu kontraktor yang membina rumahnya di Kg Pengkalan, Melaka.

Kata Naim ketika ditemui Xtra, dia terkejut melihat keadaan unit banglo setingkat berada di dalam keadaan tidak memuaskan meskipun bayaran sudah dilangsaikan.

“ Betapa terkejutnya saya apabila melihat rumah yang macam tak siap walhal bayaran lebih RM 100,000 sudah diserahkan kepada kontraktor.

“ Hanya selepas tiga tahun barulah rumah itu siap dibina, itu pun selepas ibu-bapa memutuskan untuk menukar kontraktor,” katanya kecewa.

Tambah pelantun lagu Sumpah ini, dia ada cuba menghubungi kontraktor berkenaan. Lebih mengejutkan apabila, Naim dimarahi semula oleh kontraktor itu.

“ Bila saya tegur, macam mana boleh jadi begini? Duit sudah banyak saya laburkan.

“ Lebih pelik lagi, saya pula dimarahi semula sehinga dia mengeluarkan kenyataan ‘Kalau tak puas hati tak apa, jumpa di akhirat nanti’.

“ Saya anggap ini sebagai ujian saya dan keluarga sebelum dapat masuk ke rumah baharu. Alhamdulillah, Syawal tahun ini akhirnya kami sekeluarga dapat beraya di rumah itu selepas tiga tahun menunggu,” akhirinya. 

SGMS Faida