Categories: familuvFeatured

Angkasawan Negara kongsi 15 panduan didik anak

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkongsi 15 panduan keibubapaan yang terbukti berkesan untuk anak-anaknya. Paling mustahak, jangan bazirkan fasa ‘usia emas’ enam tahun pertama anak !

Foto: Instagram Datuk Dr Sheikh Muszaphar

Melalui posting Instagram, Datuk Dr Sheikh Muszaphar berkongsi 15 tip pendidikan yang berguna untuk mendidik anak.
Berikut ialah perkongsian beliau;

1. Ucapkan ‘saya sayang kamu’ pada anak-anak sekurang-kurangnya 10 kali setiap hari.

2. Jangan biarkan masa anak terbazir walau seminit, manfaatkan masa itu dengan aktiviti pendidikan.

3. Gunakan sebaiknya ‘usia emas’ anak-anak, iaitu usia 6 tahun pertama. Isi sebanyak mungkin ilmu (semestinya dengan kaedah yang betul) memandangkan fasa ini otak anak-anak sedang berkembang dan amat tinggi potensi untuk ilmu yang dihadam jadi memori kekal dalam otak mereka.

4. Inspirasi dan menggalakkan anak-anak anda untuk mencabar kemampuan diri mereka sekali gus menjadikan mereka kuat, tidak suka membuat alasan dan suka mencabar diri sendiri untuk berjaya.

Foto: Instagram Datuk Dr Sheikh Muszaphar

5. Tetapkan peraturan anda serta pada masa sama semaikan perasaan kasih sayang.

6. Dedahkan anak-anak dengan pelbagai aktiviti seperti matematik, flashcard, menunggang kuda, aktiviti kebajikan dan lain-lain. Ini membentuk pemikiran matang anak-anak.

7. Kanak-kanak sukakan rutin, oleh itu pastikan mereka terikat dengan rutin.

8. Kanak-kanak tidak pernah berasa lelah dan jarang menyebut penat. Jadi gunakan sebaik-baik masa untuk mereka penuhi dengan pelbagai aktiviti.

9. Komunikasi, komunikasi, komunikasi! Melutut dan tunduk bila bercakap dengan anak (eye level) supaya mereka merasa apa yang kita cakap itu penting.

10. Jangan sesekali katakan tidak (itu menunjukkan komunikasi satu hala). Kerap gunakan ‘kenapa’.

11. Mulakan di usia muda, apabila anak sudah besar, mereka tidak cepat penat, kita juga tak penat.

12. Persekitaran rumah. Bekalkan kemudahan yang kondusif untuk anak-anak belajar. Jangan gaduh depan anak.

 

13. Belajar bahasa. Kanak-kanak sangat mudah belajar bahasa baru.

14. Kenal pasti tanda-tanda stres dan buat penjadualan semula aktiviti mereka di hari lain.

15. Pendidikan bermula seawal usia 6 tahun, bagaimanapun pembelajaran bermula seawal kelahiran.

Yanie Baharom