Categories: Trending

Isteri Sultan Kelantan Buka Akaun Instagram, Kongsi Detik Manis Perkenalan

Umum mengetahui Sultan Muhammad Faris Petra telah pun menamatkan zaman bujang baginda bersama bekas ratu cantik Rusia, Rihana Oksana Voevodina. Pasangan diraja ini dikurniakan seorang cahaya  mata lelaki yang diberi nama Tengku Ismail Leon Petra. 

Terbaru, Rihana Oksana kini membuka akaun rasmi Instagramnya dan dilihat aktif berkongsi beberapa foto peribadi bersama suami dan puteranya. 

Menerusi akaun instagramnya, Rihana juga berkongsi detik manis perkenalannya bersama Sultan Muhammad Faris Petra pada tahun 2007 yang akhirnya berakhir dengan perkahwinan penuh gilang gemilang. 

Mula Berkenalan Sejak Tahun 2007 Pada Musim Bunga

Menerusi Instagramnya, Rihana berkongsi detik perkenalannya bersama Sultan Muhammad Faris Petra di sebuah acara makan malam. Lebih menarik, Sultan Muhammad memperkenalkan dirinya sebagai Raja Malaysia, Rihana pula mengganggap perkara itu adalah jenaka dan memberitahu dirinya merupakan Ratu Rusia. Cute je pasangan ni.

Kongsi Gambar Anaknda 

Rihana Oksana turut berkongsi beberapa gambar peribadi bersama anakndanya, Tengku Ismail Leon Petra di laman Instagramnya. 

 

 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”