Lelaki Hina Abam Isu DNA Anak, Tampil Mohon Maaf!

Kalau sebelum ini Abam begitu kesal dengan tindakan seorang lelaki yang dilihat melemparkan kata-kata hinaan terhadap kelahiran anaknya dan berhasrat ingin bersemuka sendiri dengan lelaki tersebut.

Pengguna Facebook yang dikenali sebagai Lau Kok Chan yang berusia lingkungan 50-an itu, akhirnya mengambil keputusan datang berjumpa sendiri di rumah pelawak ini untuk memohon maaf.

Namun, bagi Abam dan isteri, permohonan maaf dari lelaki tersebut telahpun diterima dan masalah yang timbul sebelum ini telahpun selesai apabila lelaki tersebut sanggup datang dari Terengganu semata-mata mahu berjumpa secara face to face dan meminta maaf diatas tindakannya itu.

“Untuk saya sudah selesai, orang datang cara baik ke rumah, kita sambutlah dengan baik juga. Alhamdulillah, syukur. Dia sanggup datang dari Kuala Berang untuk berjumpa say. Saya doakan pakcik itu selamat kembali ke Terengganu. Di antara kami, sudah tak ada apa-apa lagi.” Katanya.

Menurut Abam, apa yang penting adalah masalah ini sudah selesai dan berharap agar netizen tidak lagi marah dan membenci  lelaki tersebut. 

Salma Syahbuddin