Lepas Bintangi Spanar Jaya X, Sangeeta Teringin Jadi Pelakon Komedi?

Pelakon Sangeeta Krishnasamy meluahkan rasa teruja apabila diberikan watak sebagai Cikgu Vicky dalam sitkom Spanar Jaya X.

Membawakan watak sebagai guru bahasa Inggeris di sebuah pusat tuisyen, Sangeeta mengaku gementar berlakon dalam sitkom komedi buat pertama kali.

Semua orang tahu saya selalu membawa watak yang memerlukan saya menangis dan serius dalam drama atau filem.

“ Cabaran untuk berlakon dalam Spanar Jaya X, saya perlu jadi seorang yang kelakar. Selepas tamat penggambaran, saya rasa selesa dengan watak komedi,” katanya ketika ditemui di sidang media bersama para pelakon Spanar Jaya X di Sri Pentas, semalam.

Sementara itu, Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ke-29 berkata dia gembira dapat bekerjasama dengan pengarah tersohor, Ahmad Idham.

“ Beliau buat saya rasa sangat selesa di set dan kami asyik gelak sehingga tak rasa macam sedang bekerja.

“ Kami diberi ruang untuk bermain dengan karakter masing-masing. Menariknya, saya ada babak dengan semua pelakon dalam Spanar Jaya X. Masing-masing sangat komited dengan watak mereka.

“ Selepas tamat penggambaran 13 episod Spanar Jaya X, saya mahu berlakon lagi dalam drama komedi lain pula” katanya sambil ketawa.

 

SGMS Faida