Lepas Cop Scammer Israel, Neelofa ‘Warning’ Pemilik Akaun! – “Nantikan Tindakan Seterusnya”

Susulan tindakannya melabel scammer sebagai Yahudi, selebriti terkenal Neelofa nampaknya  sekali lagi tampil memberikan respons mengenai  hantarannya sebelum ini.

Menerusi perkongsian di Facebook, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 34, memohon maaf sekiranya tindakannya memuat naik tangkap layar berkenaan tidak disenangi oleh segelintir pihak.

Menurutnya, ini bukanlah kali pertama perkara sedemikian berlaku melibatkan dirinya mahupun ahli keluarganya.

“Assalamualaikum. Pertama kali, maafkan terpaksa berbuat begini. Sudah beberapa kali teguran diberikan supaya menghentikan tindakan tidak bermoral ini. Tapi sayang teguran tidak disambut.

“Tak salah jika mahu membuat “fan page”. Saya hargai sokongan semua.

“Tetapi yang menjadi masalah, apabila ianya disalahgunakan. Jelas bertentangan dan berniat jahat,” katanya.

Selain itu, Neelofa berharap agar orang ramai membantunya untuk melaporkan hantaran tersebut sekaligus memberi peringatan bahawa pihaknya akan mengambil tindakan tegas berhubung isu berkenaan.

“Saya mohon bantuan orang ramai untuk melaporkan page ini. Dan untuk pemilik, nantikan tindakan seterusnya,” jelasnya.

Dalam hantaran yang berlainan pula, Neelofa menjelaskan, dia sengaja memuat naik dua hantaran sebelum ini supaya orang ramai cakna dengan tindakan licik scammer.

Bahkan, dia juga sempat menitipkan pesanan agar orang ramai di luar sana menggunakan sosial media dengan bijak.

“Lagi satu. Sengaja saya buat 2 post. Biar semua cakna, biar semua tidak tertipu. Pesanan saya, gunakanlah sosial media dengan bijak.
“Jangan lupa laporkan page ini ya. Terima kasih,” ujarnya.
Terdahulu, isu ini timbul selepas dia memuat naik hantaran di Instagram Story miliknya dan melabel tindakan tidak bertanggungjawab scammer sebagai Yahudi dan berperangai seperti zionis Israel.
Salma Syahbuddin