Selepas Bercerai, Netizen Komen Nadia Annuar Makin Kurus Pula! Ini Jawapan Tuan Badan – “Terlebih Bahagia..”

Bekas pengacara program Malaysia Hari Ini (MHI), selebriti Nadia Annuar menjawab persoalan ramai yang bertanya mengapa badannya terlalu kurus.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Nadia berkata beratnya turun sebanyak 5 kilogram (kg) sejak awal tahun.

“Ada isu yang saya perlu ketengahkan sebab ramai yang tegur saya kurus lately. Kenapa?

“Sebenarnya tak adalah kurus sangat pun. Tapi saya turun berat sebanyak 5 kg awal tahun ni.

“Kedua, sejak saya tinggal seorang diri ni ada masalah malas atau lupa makan.

“Sebab kalau dulu saya selalu masak untuk orang-orang tersayang tapi sejak duduk sorang ni rasa macam tak berbaloi nak masak, makan pun sorang.

“Jadi saya selalu ingatkan diri untuk tambah stok makanan yang saya boleh makan terus kalau sakit perut, contihnya yogurt, kacang, buah-buahan dan jus.

“Sebab tu orang kata kalau bahagia tu berisi, tapi kalau kurus tu ‘terlebih bahagia?’ Eh ke tak?,” tulisnya beserta emoji ketawa.

Sebelum ini, kakak kepada selebriti Harris Annuar meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang mengatakan dia punca keretakan kedua-dua rumah tangganya itu.

Terdahulu, nama Nadia menjadi bualan hangat apabila mengambil keputusan untuk tidak lagi bertudung ketika meraikan ulang tahun kelahiran yang ke-39 tahun.

Untuk rekod, Nadia pernah berkahwin dengan Sulaiman @ Mohd Helmi Mohd Ilyasdi namun bercerai pada Oktober 2010 sebelum berkahwin dengan bekas suami keduanya ini.

Artikel Berkaitan: “Salah Ke Saya Jaga Aib Rumah Tangga?” – Nadia Annuar Kesal Ramai Pihak Tak Henti Jaja Cerita & Buat Andaian Sendiri

Artikel Berkaitan: “Tak Semua Perkahwinan Berakhir Sebab Salah Satu Pihak Jahat!” – Nadia Annuar Kesal Dituduh Diri Bermasalah Punca Bercerai Kali Ke-2

Aqilah Paharuzi