10 Lagu Hasil Sentuhan Komposer Terkenal Malaysia & Indonesia, Ernie Zakri Teruja Lancar Album ‘Aura’ Pada 3 November Ini!

Penyanyi berbakat besar, Ernie Zakri meluahkan rasa teruja atas kejayaannya bakal mengeluarkan album berjudul ‘Aura’ selepas lebih sedekad.

Kali terakhir penyanyi yang terkenal dengan lagu berjudul Ku Bersuara itu menghasilkan album adalah pada 2011 menerusi dua naskhah berjudul Sinaran dan Mencari Diriku.

Isteri kepada penyanyi, Syamel ini berkongsi beberapa teaser albumnya di muat naik Instagram meraih perhatian peminat dan rakan-rakan selebriti.

Menerusi sebuah video temubual di aplikasi X, Ernie berkata album ini bakal dirilis pada 3 November.

Pelantun lagu popular Gundah ini turut menjemput ramai peminatnya untuk hadir ke pelancaran album Aura yang bakal diadakan di Sunway Putra Mall.

“Insha-Allah, album Aura akan dirilis pada 3 November ini. Terima kasih di atas sokongan semua peminat.

“Saya baca semua komen-komen dan doa peminat semua. Doakan agar pelancaran album ini akan dipermudahkan.

“Kepada semua yang available jemput datang ke Sunway Putra Mall memeriahkan lagi pelancaran album Aura,” ujarnya lagi.

Selain itu, album terdiri daripada 10 lagu itu juga hasil sentuhan sembilan komposer ternama dari Malaysia dan Indonesia.

Pemenang vokal terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-35 ini berkata antara komposer terkenal dari Malaysia yang bakal mewarnai naskhah terbaharunya itu ialah Aubrey Suwito, Helen Yap dan Mike Chan.

Antara lagu yang tertera dalam album tersebut adalah Masing-Masing, Semakin, Gelita, dan Persis Katarsis.

Berdasarkan muat naik terkini Ernie di Instagram, Ernie juga bakal membuat ‘listening party’ album Aura secara esklusof hanya kepada 20 peminat bertuahnya!

Artikel Berkaitan: “Kami Banyak Girls Talk, Tapi Tolong Berhenti Sakitkan Hati Ernie & Keluarga” – Best Gym Buddies, Aina Abdul Tak Pernah Borak Soal Industri Muzik Bersama Ernie Zakri

Aqilah Paharuzi