Penyanyi Amy Search memberitahu beliau memasang niat untuk mendaki Gunung Everest pada akhir tahun 2019.
Pelantun Tiada Lagi ini ketika ditemui di festival Anggun Life memaklumkan beliau sudah membuat persiapan dalam merealisasikan nawaitunya itu.
“ Jika ditanya mengenai azam tahun baru, saya memasang niat untuk mendaki Gunung Everest pada September tahun depan.
“ Saya sudah melakukan persiapan dengan latihan fizikal dan mental lebih awal. Saya dijangka naik ke atas bersama hampir 3,000 orang yang bakal menyertai misi kali ini,” katanya kepada xtra.com.
Sebelum ini, penyanyi berusia 60 tahun ini pernah melakukan pendakian ke Gunung Annapurna, Nepal pada April 2018.
Dalam perkembangan lain, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman memaklumkan beliau berkemungkinan mengadakan konsert tahun depan.
“ Segalanya dalam perancangan. Saya sedang sibuk mengusahakan produk kopi keluaran saya iaitu Kopi Phewiit.
“ Yang terbaru, saya melancarkan perisa terbaru iaitu nenas. Menariknya, bila anda menghirup kopi ini, rasa nenas itu masih ‘kuat’.
“ Selain itu saya turut menjual uncang teh tarik yang diproses daripada daun teh tradisional Sri Lanka. Umum tahu, kualiti daun teh dari sana memang antara yang terbaik. Peminat boleh dapatkannya dengan pembelian melalui online,” akhirinya.
Kita serahkan pada pihak berwajib lah ye!
"Disebabkan tindakan saya, inilah harga yang paling mahal saya perlu bayar," - Aliff Aziz
cinta tak seharusnya memiliki
fuh meremang
kesian Luqman!