Categories: Gaya Hidup

5 Menu Diet Telur Rebus Yang Perlu Anda Cuba

Mungkin ada dalam kalangan anda yang akan menimbang berat pada setiap hari kerana ingin melihat penurunan berat badan kan? Bila berat badan naik, mulalah rasa stress!

Ada yang makan ubat kurus mahupun melakukan diet seimbang. Tapi, berat badan masih tak turun, kalau turun mungkin hanya 1kg sahaja. Penting untuk anda tahu bahawa untuk menurunkan berat badan atau dalam fasa berdiet, adalah sangat penting untuk mengambil hidangan yang betul dan sesuai.

Ini kerana, hidanganlah yang mampu membuatkan berat badan kita bertambah mahupun berkurang. Tahukah anda, dengan mengamalkan makan telur rebus mampu mengurangkan berat badan?

Ya, telur rebus boleh membantu penurunan berat badan anda! Jadi, buat anda yang sedang berdiet, bolehlah mencuba menu diet telur rebus mengikut hari seperti ini:

1. Isnin

  • Sarapan – Buah-buahan dan 2 biji telur rebus
  • Makan tengah hari – 1 biji epal hijau dan roti
  • Makan malam – Salad dan  ayam masak stim

Foto: Cosmopolitan Malaysia

2. Selasa

  • Sarapan – Buah-buahan dan 2 biji telur rebus
  • Makan tengah hari – salad dan ayam panggang
  • Makan malam – 2 biji telur rebus serta salad dan oren

3. Rabu

  • Sarapan – Buah-buahan dan 2 biji telur rebus
  • Makan tengah hari – Keju rendah lemak, tomato  dan roti
  • Makan malam – 2 biji telur rebus serta salad dan oren

4. Khamis

  • Sarapan – Buah-buahan dan 2 biji telur rebus
  • Makan tengah hari – Buah-buahan
  • Makan malam – Salad, ayam masak stim atau sup ayam

Foto: Aliff Channel

5. Jumaat

  • Sarapan – Buah-buahan dan 2 biji telur rebus
  • Makan tengah hari – Sup sayur dan 2 biji telur rebus
  • Makan malam – Ikan bakar, salad & ulam

Mudah sahaja kan menu diet telur rebus ini? Guna telur rebus saja anda boleh menurutkan berat badan tapi perlulah diamalkan setiap hari. Maksudnya, apa-apa saja diet yang sedang anda lakukan perlulah berdisiplin barulah hasilnya memuaskan!

Penulis juga nak kongsikan khasiat telur kepada anda, antaranya:

1. Sumber protein dan serat yang sihat, ia menyebabkan perut kenyang lebih lama.

2. Membantu meningkatkan metabolisme tubuh.

3. Dikatakan dapat membantu membakar lemak.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Hijabista

tex_admin