Tahniah! Tya Ariffin Hamil Anak Kedua

Pelakon kelahiran Indonesia, Tya Ariffin mengumumkan kini sedang hamil anak kedua.

Menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza ini memaklumkan berita gembira ini di laman Instagramnya, sebentar tadi.

“ Alhamdulillah, inilah saatnya berbagi khabar bahagia kepada semua.

” Alhamdulillah, Arif akan menjadi abang, Insya Allah. Mohon doanya kepada semua, semoga baby sihat walafiat,” tulisnya.

Pelakon berusia 24 tahun ini turut mendoakan pengikutnya yang berhajat mendapatkan anak memperoleh rezeki yang sama oleh Allah SWT.

Tya berkahwin dengan Asyraf Khalid pada 1 November 2015 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Arif, pada 31 Mac tahun 2017.

SGMS Faida