Lepas Tak Jadi Kahwin Awi Rafael, Atikah Suhaime Kini Idam Lelaki Perut Buncit?

Atikah Suhaime atau nama sebenarnya Nur Atikah binti Mohd Suhaime baru-baru ini mendedahkan ciri-ciri lelaki idamannya!

Sebuah video rakaman ketika ditemu bual sebuah stesen radio tempatan yang dikongsi Atikah menerusi laman Instagram miliknya itu, memberitahu beliau mengidamkan lelaki yang mempunyai perut buncit! Wah, tak memilih rupanya Atikah ni ye.

Katanya, beliau tidak kisah soal umur, asalkan lelaki tersebut mempunyai kewangan yang kukuh.

 

 “Lelaki itu mestilah lucu, stable dan mempunyai perut yang buncit,” selorohnya mengenai ciri-ciri lelaki idamannya untuk dijadikan bakal suami.

 So, buat jejaka-jejaka yang berperut buncit di luar sana, kalau ingin mencuba nasib, make sure kewangan korang kukuh untuk memenangi hati pelakon kecil molek ini ok!

Terdahulu, Atikah Suhaime pernah mengumumkan ingin bersara daripada industri hiburan namun, kembali dengan drama berjudul Musim Salju bersama Siti Nordiana dan Alif Satar.

Ditulis oleh: Dina Azmi

Ad Ops