Hiburan By: SGMS Faida February 7, 2019 @ 7:17pm

Lima Penyanyi Warnai Mini Album Nur 2, Siapakah Mereka?

Pengarah dan penulis drama Nur Shahrulezad Mohameddin mengakui teruja apabila mendengar rangkaian soundtrack untuk sambungan Nur 2.

Shahrulezad turut mengumumkan barisan penyanyi yang bakal menyanyikan lagu runut untuk Nur 2 iaitu Megat Mentor, Indah Ruhaila, Marsha, Amylea dan Roman.

“ Apa yang abang boleh kata ada lima buah lagu baru yang dibuat khas untuk drama Nur 2. Kali ini yang lagu dihasilkan oleh air tangan Amylea dan Farouk Roman selaku komposer dan penulisnya. 

“ Pertama kali abang dengan ke lima-lima lagu ni, abang teruk jatuh hati dan goosebumps,” katanya teruja.

Menerusi laman Instagramnya juga, pengarah terkenal ini memaklumkan sudah tidak sabar untuk memperdengarkan lagu-lagu yang bakal berada dalam mini album lagu runut bagi Nur 2. 

Drama terbitan Radius One Sdn Bhd ini memenangi anugerah bagi kategori Drama Rantaian Terbaik di Anugerah Skrin 2018 (ASK 2018), November tahun lalu. 

Bukan itu sahaja, pelakon utama drama Nur iaitu Syafiq Kyle dan Amyra Rosli turut merangkul anugerah kategori Pelakon Lelaki dan Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian.

Tak sabar kami nak tonton drama Nur 2 yang dijangka ditayang pada April nanti!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 4 Nov 2022
Hiburan Sun, 21 Apr 2019

摇滚老旋律让全场粉丝热情延烧!罗大佑:这是世上最好听的声音

「音乐教父」罗大佑暌违六年再踏上大马舞台,摇滚老旋律让全场粉丝热情延烧!罗大佑满足甜喊 “这是世上最好听的声音。”

Hiburan Mon, 1 Jan 2018

Vin Diesel dan The Rock Pelakon Termahal 2017

Vin Diesel dan The Rock Pelakon Termahal 2017

Selebriti Fri, 6 Oct 2023
Hiburan Wed, 14 Jun 2023

[VIDEO] DSV & Cik B Bergelut Dalam Bilik Air, Gara-Gara Seekor….

Aduh nasib baik ada Mama kan boleh tolong tangkap spider

Featured Sun, 10 Sep 2023

[VIDEO] Selepas Setahun Bertunang, Imran Aqil & Influencer Jelita, Dahlia Rizal Sah Berkahwin

Sama cantik, sama padan diorang ni. Tahniah Imran Aqil & Dahlia Rizal! ❤️‍🔥

Hiburan Mon, 28 Oct 2019