Linda Rafar Punya Alasan Kukuh Kenapa Tak Nak Tunjuk Suami

Anggota kumpulan Elite ini memaklumkan beliau ada sebab tersendiri kenapa kurang menunjukkan wajah suaminya di media sosial miliknya selepas di tuduh mengalami keretakan rumah tangga bersama suaminya, Syed Aiman.

Bagi Linda, hubungan bersama suami tercinta baik-baik sahaja cuma sekadar mahu menghormati permintaan suami yang agak kurang selesa jika momen-momen mbersama keluarga dikongsikan dimedia sosial.

Linda memberitahu perkara tersebut menerusi muat naik beliau dilaman instagram miliknya.

 

Malah, beliau lebih selesa tidak berkongsi hal rumah tangga terutama berkenaan suami di media sosial kerana bimbang dengan kata-kata netizen yang suka melabel tanpa usul periksa.
Linda dan Syed Aiman telah melangsungkan perkahwinan pada 2 Disember 2006  dan telah dikurniakan empat cahaya mata lelaki.
Salma Syahbuddin