Categories: Sihat

Anda Suka Korek Hidung? Ketahui Kenapa Tabiat Ini Boleh Membahayakan Kesihatan

Ramai orang setuju yang mengorek hidung adalah sesuatu tabiat yang dilakukan tanpa kawalan kita. Kadangkala kita tak perasan pun bila jari kita dah tersumbat di dalam rongga organ tersebut.

Bila tabiat ini dilakukan dengan niat pula, kita mesti pastikan dulu tiada siapa yang nampak, kan?

Hasilnya adalah rongga hidung yang bebas daripada sebarang kotoran.

Walau bagaimanapun, adakah tabiat ini boleh membahayakan kesihatan kita? Jawapannya adalah ya.

1. Luka

“Kulit pada bahagian dalam hidung kita adalah jauh lebih halus dan delicate daripada kulit luar, jadi ia lebih terdedah kepada kerosakan atau luka,” kata Dr Brett Comer, seorang pakar bedah dan pembantu profesor di University of Kentucky.

Apabila ia berlaku, kulit tadi mengambil masa yang lama untuk pulih. Lama-lama ia berpotensi untuk menjadi kudis yang annoying.

“Anda merasainya, dan anda akan korek lagi. Ini akan membuka semula luka dan akhirnya menghasilkan lebih banyak kudis. Kitaran ini memang kejam.”

2. Jangkitan kuman

Jangkitan kuman akibat mengorek hidung pun patut dikhuatiri, kata Dr Vijay Ramakrishnan, profesor madya di University of Colorado.

Bahagian di bawah kuku adalah lokasi pembiakan bakteria. Jika seseorang itu mengorek hidungnya dengan kasar atau cukup kerap hingga kulit dalam hidung tercalar, sebarang kuman yang hidup di bawah kukunya boleh bergerak ke bahagian yang terluka.

Foto: New Scientist

Mengorek hidung juga boleh buat anda jatuh sakit. Kuman yang menyebabkan demam dan selesema perlu masuk ke dalam badan untuk memberi jangkitan. Lubang hidung anda adalah salah satu “pintu” yang membolehkan perkara ini berlaku.

3. Tulang lembut berlubang

Dalam kes yang ekstrem, mengoreng hidung boleh merosakkan nasal septum, iaitu tulang lembut di antara kedua-dua lubang hidung anda.

“Jika anda korek kerap sangat, lapisan mukus dan kartilaj itu akan haus dan akhirnya tulang itu akan berlubang,” kata Dr Vijay. “Akibatnya anda akan mengalami kesakitan dan pendarahan hidung. Dan ia bukan senang untuk pulih.”

Foto: NetDoctor

Cara hentikan tabiat ini

Secara realitinya, tabiat ini memanglah tak membahayakan sangat seperti kebanyakan penyakit. Tapi masalah kesihatan yang boleh terjadi akibat mengorek hidung patut membuatkan anda mahu hentikan tabiat ini.

Cara terbaik untuk berhenti adalah dengan meletakkan plaster pada hujung jari yang anda selalu gunakan untuk mengorek. Nanti plaster itu akan mengingatkan anda yang anda tak sepatutnya mengorek hidung.

Jika rongga hidung anda rasa kering dan gatal hingga anda terasa nak korek, Dr Brett mencadangkan anda semburkan sedikit air saline ke dalamnya ataupun menggunakan alat humidifier pada waktu malam.

Jika anda tersangkut dalam kitaran korek-berdarah-berkudis-korek lagi, seperti yang dia sebut di atas, Dr Brett juga mencadangkan untuk menyapu jeli petroleum ke tempat yang luka itu. Ini akan membuatkan luka itu sentiasa terhidrat dan memulihkannya.

Menggunting bulu hidung juga akan mengurangkan ketidakselesaan, dan akhirnya ia akan membantut keinginan anda untuk mengorek hidung.

Apa-apa pun, jika anda boleh tak mengorek hidung dalam dua minggu, anda dikira berjaya hentikan tabiat ini.

Jom tonton video di bawah ini untuk memahami dari segi visual kenapa ia membahayakan.

Sumber: TimeDIY Hacks

Ad Ops