Categories: FeaturedOh Lawa

Pelukis Ini Buat Inovasi Bola Menjadi Beg Silang Yang Nampak Trendy!

Siapa sangka sebiji bola boleh bertukar menjadi beg silang yang nampak trendy? Baru-baru ini, seorang pelukis berasal dari New York, Andrea Bergart telah menghasilkan beg ‘bola’ yang dilihat memang kreatif dan unik!

Sebiji bola telah diinovasikan menjadi sebuah beg silang, dompet, beg duit syiling dan juga beg khusus untuk WNBA All-Stars. Idea yang bernas kan?

Inovasi penghasilan beg daripada basketball, football dan volleyball ini kelihatan ‘rare’ apabila digayakan dengan oleh wanita kini. Bagi penulis, wanita yang menyilang beg ‘bola’ ini akan menunjukkan diri mereka gemar bersukan. Tapi, bagi mereka yang suka akan barangan yang unik, pasti akan menyukai rangkaian beg bola ini! Jom kita lihat koleksi beg bola Andrea!

Ini caranya nak buat beg bola

Cantik-cantik kan hasil beg bola ini? Bagi anda yang berminat untuk dapatkan beg bola ini boleh usha-usha di website andreabergartshop.bigcartel.com

Sumber: Youtube

tex_admin