Usahawan, pengacara dan pelakon popular ini bukan sahaja sering mencuri perhatian lensa kamera dengan aktiviti dan kecantikan beliau tetapi, kisah peribadi beliau juga sering mencuri perhatian netizen diluar sana termasuklah kontroversi melibatkan perkahwinan beliau.

Pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor, 30 bagaimanapun menafikan spekulasi berkenaan kerana, tiada sebarang perbincangan yang berlaku antara ahli keluarga melibatkan urusan perkahwinan beliau.

“Sejujurnya tiada apa-apa langsung yang dibincangkan dalam ahli keluarga mengenai perkahwinan saya” 

Menurut Lofa, tahun hadapan akan menjadi tahun yang sibuk buat diri beliau dan ahli keluarga, kerana adik lelaki dan sepupu beliau sendiri yang akan melangsungkan perkahwinan.

Tambahnya lagi, selain sibuk untuk mengembangkan kerjaya di negara jiran pada tahun hadapan, Lofa juga belum bersedia untuk memberikan komitmen terhadap mana-mana lelaki buat masa ini.

” Tiada sebab untuk saya berahsia mengenai perkahwinan, percayalah kalau ada seseorang saya pasti akan kongsikan. Ini bukan zaman dulu-dulu nak sorok bercinta. Andai saya ada perancangan untuk ke fasa seterusnya, saya akan kongsikan” Jelasnya ketika ditemui pada sidang media majlis pelancaran koleksi kasut kolaborasi bersama jenama Giuseppe Zanotti di Pavillion, semalam.

Salma Syahbuddin