RM2,000 Sebulan Peruntukan Ruhainies Untuk Penjagaan Diri

Sebagai seorang selebriti, sudah tentu penampilan harus dititik beratkan kerana sering menjadi perhatian orang ramai.

Berkulit putih gebu dan mempunyai rupa paras yang cantik, pelakon Ruhainies juga sememangnya amat mengambil berat tentang penjagaan diri dan tidak akan teragak-agak untuk berbelanja. Oleh kerana itu, pelakon jelita ini memperuntukkan lebih kurang RM2,000 sebulan untuk penjagaan diri. 

Walau bagaimanapun, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah binti Zainul Ilyas  menafikan bahawa dia seharusnya memakai produk-produk yang mahal untuk penjagaan kulit wajah kerana dia beruntung mempunya kulit yang tidak bermasalah. 

“Saya tak pakai produk mahal pun untuk menjaga kulit. Pemikiran kebanyakan orang pakai produk mahal baru kulit cantik.

“Alhamdullillah, kulit saya tak perlukan produk mahal untuk kekal sihat dan tak bermasalah. Produk saya gunakan pun biasa-biasa saja. Saya peruntukkan kurang RM2,000 sebulan untuk  keseluruhan penjagaan badan, dan itu termasuklah urut dan spa setiap minggu,” katanya kepada portal Harian Metro. 

Pelakon ini juga amat beruntung kerapa mempunyai kadar metabolisma yang tinggi dan tidak perlu ke gimnasium untuk memastikan badan sentiasa langsing.  Cukup sekadar pergi berenang untuk mengekalkan kesihatan. 

“Untuk kekal langsing saya tidak ada tip.  Saya beruntung sebab metabolisma tinggi. Jadi, kalau makan nasi jam 2 ke 3 pagi pun, saya okay. Saya tak kawal sangat. 

“Orang kata apabila sampai satu tahap umur, tahap metabolisma makin turun dan badan akan cepat naik. Waktu itu baru saya akan jaga.  Buat masa sekarang saya nak nikmati apa saja makanan,” katanya lagi.

 

Kredit Foto: Instagram @ruhainies7

Del14