Luah Perasaan Secara Terbuka, Justin Bieber Rasa ‘Super Cool’

Jika ada segelintir suami yang masih malu dan berasa tidak cool untuk meluahkan rasa cinta kepada isteri, berbeza pula bagi penyanyi popular ini.

Penyanyi Justin Bieber menerusi Instagramnya mengakui amat mencintai si isteri yang merupakan model terkenal, Hailey Bieber.

“Saya tidak menulis ini untuk membuktikan atau mencuba untuk membuat orang percaya saya amat mencintai isteri,” tulisnya. 

Kata Bieber, sebagai seorang suami amat penting untuk memberi penghormatan kepada isteri tersayang.

“Tiada salahnya untuk kita mengungkapkan rasa sayang terhadap orang yang kita cintai. Saya gembira membuat isteri saya berasa istimewa dan dihargai. Saya sudah melakukan banyak perkara yang cool tetapi tidak ada yang se-cool ini iaitu meluahkan rasa cinta di khalayak ramai” tulisnya. 

Amacam, Bieber sudah…korang bila lagi? 

SGMS Faida