Luah Rindu, Kamal Adli Taruh Hati Pada Uqasha?

Ramai yang suka dengan gandingan pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose dalam drama Setelah Terlafaznya Akad sebagai pasangan suami isteri, Hanan dan Nawal, sehinggakan peminat berharap hubungan cinta di dalam drama berputik di dunia realiti.  

Namun, kedua-duanya menafikan hubungan mereka lebih dari kawan baik dan mereka senang bekerja dan digandingkan bersama. 

Walau bagaimanapun, perkongsian terkini Kamal di akaun Instagram miliknya menimbulkan tanda tanya apabila dia memuat naik foto mesra bersama Uqasha di dalam beca dengan kapsyen ringkas “Rindu”.  Eh, ada apa-apa ke? 

Tinjaun XTRA ke ruangan komen melihat ramai pengikut yang teruja dengan perkongsian terbaru Kamal dan berharap ianya tanda-tanda hubungan cinta antara Kamal dan Uqasha menjadi nyata dan akan berakhir ke jinjang pelamin. 

Apa-apa pun nampaknya kena lah tunggu jawapan daripada empunya badan. Kalau betul pun tak salah sebab dua-duanya tak ada digosipkan dengan sesiapa pun dan masing-masing sedang solo. 

Kredit Foto: Instagram @uqashasenrose2

Del14