Luar Biasa…Kutipan Munafik 2 Berjaya Cecah RM 1 Juta Di Indonesia!

Alhamdulillah…Tahniah buat seluruh pasukan produksi filem Munafik 2 terutama atas kejayaan luar biasa filem ini di Indonesia.

Apa tidaknya, filem ini mendapat kutipan sehingga RM 1 juta selepas empat hari ditayangkan di seluruh pawagam republik itu.

Atas sambutan yang luar biasa, Penerbit Skop Production Sdn Bhd, Datuk Yusof Haslam memaklumkab jumlah panggung juga ditambah atas permintaan pemilik pawagam.

“Dalam masa tiga hari tayangan, Munafik 2 berjaya menembusi 116 pawagam berbanding 50 pawagam pada hari pertama tayangan di Jakarta pada 26 September lalu.

“Saya difahamkan jumlah pawagam akan terus meningkat sekiranya menerima maklum balas positif daripada penonton,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Yusof, filem Munafik 2 turut mencipta sejarah tersendiri apabila diangkat sebagai filem paling laris di Indonesia.

“ Bagi mereka, ini adalah filem seram dakwah yang sangat meninggalkan kesan.

“Saya bersyukur dengan sambutan ini. Ia amat bermakna buat industri filem tanah air,” katanya.

Tahniah sekali lagi untuk seluruh pasukan filem Munafik 2. Semoga filem ini terus sukses bukan saja di Indonesia malah di seluruh Asia. Memang terbaik beb!

SGMS Faida