Categories: Eat Travel

Tak Ada Oven Nak Buat Pizza? Pakai Dapur Gas Pun Boleh Dengan Resipi Mudah Ini

Anda ingat kalau nak makan pizza, kena pergi kedai saja baru boleh? Sebenarnya kat rumah pun anda boleh buat sendiri.

Anda ingat lagi kalau nak buat pizza di rumah, kena bakar pakai oven? Pakai dapur gas biasa pun boleh! Anda hanya perlukan sebuah pan atau kali leper non-stick yang lebar.

Ramuannya lebih kurang sama saja dengan resipi pizza yang menggunakan oven.

Berminat nak cuba? Jom ikuti resipi di bawah.

Bahan-bahan:

Untuk kerak

  • ½ cawan air suam (120 ml)
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 85 gram tepung serba guna
  • ½ sudu kecil gula
  • ½ sudu kecil yis segera
  • ½ sudu kecil garam

Untuk topping

  • ½ cawan sos marinara
  • 2 cawan keju mozzarella dicincang
  • ½ cawan hirisan peperoni
  • Daun basil segar, dipotong, sebagai hiasan

Cara penyediaan:

  1. Dalam sebuah pan non-stick, campurkan air suam, minyak zaitun, tepung, gula, yis dan garam. Gunakan spatula silikon untuk kacau, dan ratakan dough itu hingga ia menyelaputi dasar pan.
  2. Tuang dan ratakan pula sos marinara ke atas dough sampai ke bahagian tepi.
  3. Taburkan keju di atas sos, dan kemudian susun peperoni di atasnya pula. Pastikan semuanya sama rata.
  4. Letakkan pan tersebut di atas api sederhana dan tutup dengan cover kaca. Pastikan lubang pada cover itu ditutup (anda boleh gunakan kain dapur) dan biarkan masa selama 10 minit.
  5. Alihkan kain dari lubang dan biarkan masak selama 5 minit lagi, hingga bahagian tepi pizza menjadi rangup.
  6. Pindahkan pizza daripada pan ke atas papan pemotong dan biarkan sejuk selama 5 minit.
  7. Taburkan dengan daun basil, potong dan hidang.

Enjoy!

Sumber: Tasty

Ad Ops