“Luluh Hati Jauh Dengan Anak-Anak” – Busy Shooting, Puteri Sarah Sedih Anak Dijangkiti COVID-19 Kali Kedua

Pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, berkongsi khabar duka apabila anak perempuannya, Sumayyah Mohd Syamsul dijangkiti Covid-19 untuk kali yang kedua.

Perkara itu dikongsi Puteri Sarah atau lebih mesra dengan panggilan Sarah menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Sarah berkata, dia sedih apabila tidak dapat menemani anaknya itu memandangkan dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran.

“Missing this little girl so much. Doakan semua ya Sumayyah sembuh dari Covid 19. Ni kali kedua anak Sarah kena. Harini dah hari ke- 6 kuarantin.

“Sedih sangat kalini tak dapat jaga Sumayyah kuarantin sebab sarah busy shooting,” katanya.

Dalam pada itu, Sarah juga bersyukur kerana ibunya, Paridah Puteh mengambil alih tanggungjawab untuk menjaga anaknya itu.

“Alhamdulillah, mama Sarah tolong jagakan Sumayyah. Tapi everytime videocall mesti adik cry nak mama.  Allahu… Allah je tahu luluh hati ni berjauhan dengan anak,” jelasnya.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Sarah meningglkan komen dan mendoakan kesihatan buat puterinya itu.

“Syafakillah Sumayyah sayang, moga cepat berjumpa dengan ibu, dan semoga segala urusan Sarah dipermudahkan.

“Insya-Allah, semoga Sumayyah cepat sembuh.

“Kesian Sumayyah. Semoga cepat sembuh ye sayang.

“Get well soon, Sumayyah pretty girl!

“Moga Allah permudahkan urusan Sarah dan moga Sumayyah cepat sembuh,” komen netizen.

Salma Syahbuddin