“Maaf Atas Segala Kesulitan…” – ‘Hilang’ Lebih 40 Hari, Caprice Kini Sahkan Sudah Berkahwin

Penyanyi rap popular, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, akhirnya mengesahkan status terkini beliau menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.

Perkara itu dikongsi Caprice selepas desas-desus mengenai perkahwinannya tular dimedia sosial sejak semalam.

Menerusi hantaran video berdurasi 37 saat itu, Caprice dilihat segak mengenakan pakaian lengkap raja sehari berwarna putih bersama pasangannya, Farra Inalis yang juga merupakan seorang Instafamous perniagaan yang berasal dari Kelantan.

“Halal. Maaf saya telah tiada lebih dari 40 hari. Banyak yang saya lalui. Insya-Allah dalam masa terdekat saya akan kongsikan apa yang berlaku,” katanya.

Selain itu, Caprice juga memaklumkan, dia akan menggunakan akaun baharu @signbycap untuk posting terkininya memandangkan akaun rasmi @capriceofficial tidak akan digunakan buat semenatra waktu.

 

Oleh sebab itu, Caprice mengambil keputusan untuk memuat naik video bersama isterinya itu kepada umum bagi menjawab segala persoalan mengenai status perkahwinannya.

 

Salma Syahbuddin