Mahu Karya Berkualiti, Reyhana Buktikan Dia Bukan Penyanyi Tangkap Muat

Penyanyi Reyhana Yunus memiliki alasan tersendiri apabila tidak tampil dengan single terbaru sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini.

Kali terakhir muncul dengan single adalah pada tahun 2017 menerusi lagu Kau Curang ciptaan DJ Fuz.

“ Rancangan memang ada tapi saya belum jumpa material sesuai. Saya perlukan sebuah karya yang bagus bukan tangkap muat sahaja.

“ Jika diberi peluang saya mahu menyanyikan lagu hasil komposer yang menciptakan lagu-lagu penyanyi Wany Hasrita. Jiwa saya cenderung dan dekat dengan muzik sebegitu,” katanya kepada xtra, baru-baru ini.

Artis kelahiran Labuan ini juga memaklumkan dia teringin mendapatan khidmat komposer Asfan yang menghasilkan lagu Sulit nyanyian Aman Aziz.

“ Jika dapat karya yang kena dengan jiwa, saya akan muncul dengan single dalam pertengahan tahun 2019.

“ Insya Allah, segala perbelanjaan pembikinan single itu atas biaya sendiri,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Reyhana akan berada di Fiesta Klebang, Melaka bermula 28 Disember hingga 1 Januari ini.

“ Saya akan berniaga mee kari istimewa. Kalau nak rasa air tangan saya, boleh datang nanti ke sana nanti,” katanya tersenyum.

SGMS Faida