Mahu Mencari Ketenangan, Marshanda Belum ‘Ready’ Kahwin Kali Kedua

Pelakon popular Indonesia, Marshanda memaklumkan kepada umum dia masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga buat kali yang kedua selepas perkahwinannya bersama pelakon, Ben Kasyafani gagal.

Namun menurutnya, dia juga tidak menolak mana-mana lelaki yang cuba mendekatinya.

Perkara itu dikongsi sendiri oleh Marshanda atau nama sebenarnya, Andriani Marshanda, 33, menerusi satu program bual bicara yang disiarkan di laman Youtube TS Media baru-baru ini.

“Untuk bernikah lagi itu, mungkin tidak. Bukan sekarang. Tetapi, saya terima jika ada jodoh untuk berpasangan dengan sesiapa. Apa yang penting adalah keserasian,” katanya.

 

Namun, Marshanda sempat berkongsi kriteria yang perlu ada pada sosok seorang jejaka pilihannya.

“Kalau nanti bertemu dengan lelaki dan kami saling menerima antara satu sama lain , itu sudah cukup. Biarlah dia tidak terlalu memeningkan kepala dan mampu menjadi sumber ketenangan saya.

“Kenapa kita kena berpasangan dengan mereka yang buat kita tertekan? Memang sakit kepala,” jelasnya.

Terdahulu, Marshanda  pernah mengejutkan industri hiburan Indonesia dan Malaysia apabila berita mengenai kehilangannya tular sekitar Jun lalu dan akibat kehilangannya itu, beliau sempat dibawa ke rumah sakit jiwa.

ARTIKEL BERKAITAN:Marshanda Dibawa Ke hospital Sakit Jiwa Selepas Laporan Kehilangannya Tular

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Time Is Dying?”- Hilang di Los Angeles, Marshanda Ditemui Di…

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Dah Ada Dua Penyakit Pun Macam Ni, Lebih Baik Berzikir..” – Netizen Terkilan Marshanda Pilih Tarian Intuitif Sebagai Terapi Bipolar

Salma Syahbuddin