“Mak Dia Pun Feeling Nangis Tau” – Air Mata Wawa Zainal Gugur Lihat Lakonan Anak

Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 31, menangis melihat lakonan anak perempuannya Hayla, 6, dalam sebuah drama yang bakal ditayangkan pada Hari Raya nanti.

Menerusi sebuah hantaran Instagram, Wawa berkongsi sebuah video yang memaparkan Hayla sedang berlakon babak sedih dan anaknya perlu mengalirkan air mata.

Menurut Wawa, dia tidak menyangka anaknya memiliki bakat lakonan yang sangat bagus sehingga dia juga mengalirkan air mata melihat babak tersebut.

Pihak produksi juga turut memberi pujian atas lakonan Hayla kerana bijak menjiwai babak sedih.

“Ya Allah tak sangka power betul berlakon air mata ek. Request air mata zass terus keluar. Crew-crew cakap macam ada suis.

“Satu hari nanti kau akan terkenal satu Bukit Bintang dik. Nantikan drama hari raya Hayla nanti. Mak dia pun feeling nangis tau,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai wargamaya memuji dan kagum dengan bakat lakonan Hayla yang baru berusia enam tahun.

Rata-rata wargamaya tidak sabar untuk menonton drama lakonan si cilik tersebut.

Video yang dikongsi menerusi Instagram tersebut telah meraih lebih 800,000 jumlah tontonan.

Terdahulu, Wawa telah mendirikan rumahtangga bersama pelakon Aeril Zafril pada tahun 2013.

Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan empat orang cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, Ayya Soffya, 2 dan Muhammad Fahri, 4 bulan.

Atiqah Johari