Categories: HiburanSelebriti

Malcolm Young Meninggal Dunia

Pengasas bersama kumpulan ‘heavy metal’ Australia, AC/DC, iaitu Malcolm Young disahkan meninggal dunia, akibat sakit tua.

Berita kematian Young, 64, dilaporkan dalam laman web kumpulan berkenaan.

Young menubuhkan AC/DC bersama-sama abangnya, Angus dan antara lagu popular kumpulan itu ialah Back in Black dan Highway to Hell.

“Komitmen dan dedikasinya adalah pendorong kejayaan kumpulan ini.

“Beliau amat mementingkan kesempurnaan, sekali gus menjadikannya seorang yang unik, ketika memainkan peranan sebagai pemain gitar dan penulis lagu,” kata Angus dalam satu kenyataan.

Sumber: Reuters

SGMS Enal